Sunday, April 19, 2009

Cili Fertigasi Hari ke - 30 ( 1 bulan )

Selepas 30 hari tempoh penanaman cili, beginilah keadaan pokok cili di tapak experiment....

Sebelum Pemangkasan Daun dilakukan

Pokok berumur 30 hari



Pokok sihat & mula berbunga


Pokok cili dah mula berbunga dalam tempoh 30 hari

Selepas Pemangkasan Daun dilakukan



Pemasangan penyokong kayu dan pemangkasan daun telah dilakukan



Pokok selepas dipasang kayu penyokong dan pembuangan daun




Ada beberapa pokok cili diserang kutu/hama, daun jadi mengerekot,
pokok sudah disembur racun, harap ok semula la pokok ni...
























Tuesday, March 24, 2009

Pemasangan Paip Saliran Fertigasi untuk 20 pokok

Sistem paip saliran fertigasi untuk 20 pokok cili



Gambarajah sistem paip secara detail

Panduan pemasangan secara lengkap ada disertakan didalam setiap pembelian set mini 20 pokok cili fertigasi(GPA-SM20)

Promosi set mini Fertigasi 20 pokok cili Kulai 568

Promosi Set Mini 20 pokok Cili Fertigasi GPA-SM20 - ( Cash & Carry )

BENIH DAN SEMAIAN

Biji benih Cili Kulai F1 568
1 unit Tray semaian
Peat Moss (Baja kompos @ media semaian)

MEDIA TANAMAN

20 keping polibag putih (16" x 16" )


PERALATAN PAIP & SIRAMAN

20 unit dripper bengkok
20 unit Nipper / start joiner 4mm
30 kaki Micro Tube 4mm
2 unit Off Take Valve / Quick Action Valve 16mm
1 unit Penebuk Lubang Efektif 4mm
1 unit Poly End Cap (EC) 16mm
4 unit Poly Equal Elbow (EE) 16mm
1 unit Poly Equal Tee (ET) 16mm
1 unit Poly Straight Coupler (ES) 16mm
65 kaki Poly Pipe (Paip Saliran) 16mm
22 kaki Hamparan Silver Shine 4' x 0.04 mm
1 Set Baja Fertigasi AB 10 liter


PERALATAN PENYUKAT

1 Unit Digital Timer & Manual Operasi ( 8 set masa)
Manual Pemasangan Set Fertigasi Dan Jadual Penyiraman Baja Air
Gambarajah pemasangan paip dari Tangki Simpanan Air Baja ke sistem siraman.


PERALATAN LAIN

Peralatan yang perlu disediakan sendiri & boleh didapati di mana-mana kedai hardware /Akuarium/nurseri (kedai jual pokok):

1 unit Tangki Simpanan Air Baja 80 gelen ( 300 liter) dan ke atas (Anggaran RM 165.00)
40 biji Batu bata Pasir - RM 10.00
1 unit Pam Air / Pam Akuarium ( Anggaran RM 25.00 )
2 unit tong plastik 36 liter untuk simpanan pati air baja A & B ( Anggaran RM 30.00 / unit )
Tanah hitam / Coco Peat (Sabut kelapa) / Sekam Bakar (Media tanaman)
-Anggaran 4 guni (3 coco peat + 1 sekam bakar)


Semua pesanan dan tempahan boleh dibuat terus dari kami.

GREEN PLANET AGRO
No. 6, Medan Selera Duta
Jalan Duta ( Bersebelahan LHDN)
50480 Kuala Lumpur
Tel: 019 - 3146747 @sms
Email: sutarwan@yahoo.co.uk
Blog: http://greenplanetagro.blogspot.com

Monday, March 23, 2009

Projek Fertigasi Cili

Ni la projek fertigasi cili yang terbaru.

Anak cili Bangi F1 568 yang berumur 5 hari

Alhamdullilah, setelah berhempas pulas mencari informasi berkenaan sistem fertigasi di internet, maka wujud lah projek fertigasi saya yang telah lama dirancangkan. Tarikh siap pemasangan adalah pada 19 Mac 2009. Untuk permulaan sebanyak 20 pokok cili Bangi F1 568 telah di tanam di tapak projek.

Sehingga hari ini anak cili sudah berumur 5 hari dari tarikh penanaman. Kepada mereka yang berminat untuk menanam cili secara fertigasi sama ada sebagi hobi atau untuk mengisi masa lapang dan sistem fertigasi ini amat mudah dilaksanakan kerana ia tidak memerlukan kawasan yang luas ,buat tepi rumah anda pun boleh. Maklumat lanjut berkenaan cara penanaman cili secara fertigasi boleh dapati di blog ini.

Pengenalan

Fertigasi ialah kaedah penanaman berteknologi moden yang menggabungkan sistem pembajaan dalam sistem pengairan.


Pembajaan dilakukan semasa penyiraman pokok dilakukan. Penanaman dilakukan sama ada di dalam polibeg atau diatas tanah atau dalam apa-apa bekas yang mengandungi media tanaman yang tidak semestinya tanah dan bukan cecair.

Secara umumnya sistem fertigasi boleh dilakukan secara tertutup menggunakan infrastruktur pelindung hujan ataupun secara terbuka bergantung kepada jenis tanaman dan keupayaan modal.


Kelebihan penggunaan sistem fertigasi ialah ia berupaya mengelak jangkitan penyakit bawaan tanah kerana sistem fertigasi menggunakan media sabut kelapa(cocopeat) atau sekam padi bakar.

Disamping itu sistem fertigasi memudahkan tugas pembajaan kerana ia dilakukan menggunakan sistem pengairan titisan secara terus ke pokok. Secara tidak langsung sistem fertigasi menjimatkan masa pembajaan.


Kaedah penjagaan adalah melalui kerja-kerja meracun secara berjadual. Antara jenis tanaman sayuran yang sesuai menggunakan sistem fertigasi antaranya adalah cili merah, tomato, terung, timun dan strawberi.